PKPP: Rakyat Malaysia yang suka ‘stream video’ rupanya suka makan di luar

KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia dilihat tidak akan bertoleransi terhadap penularan pandemik COVID-19.

Menerusi tinjauan yang dilakukan firma kajian kepenggunaan, Dattel Asia, kesediaan rakyat Malaysia dalam melakukan aktiviti harian masih rendah.

PKPP: Rakyat Malaysia yang suka 'stream video' rupanya suka makan di luar
Kajian ini membantu para peniaga untuk memahami sifat pengguna sekali gus melakukan promosi jualan dan kempen di media sosial secara penstriman video. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Kajian melibatkan 1,200 responden itu sekali gus menunjukkan rakyat Malaysia lebih berhati-hati sebelum merancang atau melakukan sebarang aktiviti.

Kajian itu menunjukkan, sejak Mei lalu hanya 12 peratus responden menyatakan kesediaan mereka untuk makan di luar. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kajian itu menunjukkan, sejak Mei lalu hanya 12 peratus responden menyatakan kesediaan mereka untuk makan di luar. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Mengambil contoh yang mudah seperti keinginan untuk makan di luar, mereka ditanya, adakah mereka bersedia untuk makan di luar sekiranya kerajaan manamatkan semua larangan berkaitan aktiviti itu.

Kajian itu menunjukkan, sejak Mei lalu hanya 12 peratus responden menyatakan kesediaan mereka untuk makan di luar.

Manakala 39 peratus lagi sanggup menunggu lebih daripada sebulan untuk sebelum mereka bersedia sepenuhnya untuk menjamu selera di luar.

Pada Jun, hanya 14 peratus responden sedia untuk makan di luar. atau peningkatan dua peratus daripada bulan Mei lalu.

Mereka yang sedia untuk makan di luar rata-ratanya sering melakukan penstriman video. - Foto Dattel
Mereka yang sedia untuk makan di luar rata-ratanya sering melakukan penstriman video. – Foto Dattel

Trend yang hampir sama juga dipamerkan melibatkan aktiviti-aktiviti lain termasuk menggunakan pengangkutan awam, menghantar kereta untuk dicuci atau diselenggara, senaman dan aktiviti luar atau di gim, bersiar di taman rekreasi atau taman permainan, perkhidmatan kecantikan, perhimpunan majlis kecil-kecilan, pusat hiburan dan melancong.

Kajian ini turut membantu para peniaga dalam melakukan unjuran prospek perniagaan mereka pada masa akan datang.

Sebagai contoh, mereka yang bersedia untuk makan di luar rata-ratanya adalah berumur 20 hingga 40 tahun.

Ini antara kecenderungan rakyat Malaysia berkaitan aktiviti harian mereka. - Foto Dattel
Ini antara kecenderungan rakyat Malaysia berkaitan aktiviti harian mereka. – Foto Dattel

Malah, majoriti daripada mereka merupakan individu yang sering melakukan aktiviti penstriman video.

Justeru, kajian ini membantu para peniaga untuk memahami sifat pengguna sekaligus melakukan promosi jualan dan kempen di media sosial secara penstriman video.


Source: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpp-rakyat-malaysia-yang-suka-stream-video-rupanya-suka-makan-di-luar-248990